Persekutuan Angkat Berat Malaysia menggantung lima atlet termasuk seorang atlet berprofil tinggi selama empat tahun sehingga 2022.

Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat menerusi kenyataan media hari ini mengesahkan, lima atlet tersebut adalah Mohd Hafifi Mansor, Mohamad Fadzrul Azrie Mohdad, Muhd Hakimi Haikal Nordin, Muhd Zaidi Mohd Nordin dan Ronny Jesus digantung berkuat kuasa diantara Mac dan Jun lalu.

Hukuman penggantungan Hafifi bermula 17 Mac lalu dan akan berakhir pada 17 Mac 2021 manakala tempoh penggantungan ke atas Ronny, Hakimie dan Zaidi bermula 23 Mac dan berakhir pada 22 Mac 2022.

Sementara hukuman penggantungan ke atas Fazrul pula bermula pada 28 Mac dan berakhir pada 28 Mac 2022.

Kelima lima atlet ini dilarang daripada menyertai mana mana aktiviti dan kejohanan melibatkan sukan angkat berat sehingga tempoh penggantungan selesai.

Hafifi disahkan positif mengambil bahan terlarang oxymetholone ketika menyertai Kejohanan Angkat Berat Terbuka Australia pada Mac 2017.

Ujian sampel B juga yang dijalankan ke atas Hafifi ketika itu juga didapati positif.

Manakala Hakimie, Zaidi dan Ronny disahkan mengambil bahan terlarang ketika ujian rambang dijalankan di Bukit Jalil pada mei lalu.

Tambah PABM, atlet yang terlibat telahpun menjalani sesi pendengaran dalaman untuk mempertahan dan membela diri sebelum tempoh hukuman penggantungan ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Displin PABM.

Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) serta Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) telah pun dimaklumkan berhubung penggantungan ini. – OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -